KVN176: EDUMOD

NUR HANIS SOFEA BINTI JAIS KOLEJ VOKASIONAL KLANG

i3DC26 | Tertiary (Online)

CR: 0.1667 | 1 Likes | 6 Views | 9 times | LS: 10.2
Like it? | Support them now!

Kajian ini dijalankan untuk menyelesaikan masalah yang telah dikenal pasti dalam kalangan pelajar Tahun Akhir Diploma Teknologi Pembinaan di Kolej Vokasional Klang iaitu sukar untuk memahami konsep IBS dalam pembelajaran di dalam kelas. Ini adalah kerana tiada bahan bantu belajar atau model khas yang berkonsepkan jenis-jenis IBS di Bengkel Binaan Bangunan. Mereka juga sukar menggambarkan panel dan jenis IBS yang sebenar. Antara kaedah yang pengkaji gunakan adalah pengkaji menggunakan perisian Sketch Up dan perisian STL sebagai satu lakaran serta lukisan akhir projek. Justeru inovasi “Model Rumah IBS” dibangunkan dengan berpandukan Model ADDIE yang terdiri daripada 5 fasa iaitu Analysis (analisis),design (reka bentuk), development (Pembangunan),implementation (pelaksanaan),evaluation (penilaian). Pengkaji juga telah menggunakan bahan filamen yang di cetak 3D menjadi Model 3D. Akhir sekali, pengajian juga telah menjalankan kajian analisis dengan menggunakan soalan mealui google form. Pengkaji mendapati 78.5% responden memberikan maklum balas yang baik dan ini menunjukkan projek Model Rumah IBS berjaya menyelesaikan masalah serta telah mencapai objektifnya. Bukan itu sahaja, responden juga turut memberikan beberapa cadangan penambahbaikan.