YIN820: DESPICE CILI SYSTEM

TENGKU NUREEN HANANIA BINTI MOHD IHSAN SMK DATO' AHMAD MAHER

Cili merupakan bahan utama dalam pelbagai masakan tempatan seperti sambal, sos dan pes cili. Namun, kehadiran biji cili sering menjejaskan tekstur, rasa serta kualiti hidangan. Proses pengasingan biji cili secara manual mengambil masa yang lama, kurang efisien dan boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada pengguna akibat rasa pedih pada tangan. Oleh itu, kajian ini bertujuan membangunkan satu sistem pengasingan biji cili yang mudah, pantas dan menjimatkan kos untuk kegunaan harian. Inovasi yang dinamakan Despice Chili System dibangunkan menggunakan konsep penapisan mekanikal berdasarkan perbezaan saiz dan struktur antara biji dan isi cili. Sistem ini direka bentuk supaya mudah dikendalikan, selamat digunakan dan tidak memerlukan tenaga elektrik. Ujian penggunaan menunjukkan biji cili dapat diasingkan dengan lebih bersih dan sekata dalam tempoh masa yang singkat, sekali gus meningkatkan kualiti isi cili yang dihasilkan. Kesimpulannya, Despice Chili System berpotensi menjadi alternatif praktikal bagi isi rumah, peniaga kecil dan industri makanan berskala kecil serta membantu meningkatkan kecekapan dan kebersihan dalam penyediaan makanan.

Kata Kunci: Despice Chili System, pengasingan biji cili,  inovasi dapur