Ahmad Shazarul Bin Ahmad Khalil KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER
Penggunaan troli menjalar (creeper) dalam bengkel automotif telah digunakan secara meluas, namun terdapat kekurangan dalam aspek kefungsian. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesesuaian penggunaan creeper seat yang diubahsuai dalam penggunaan di bengkel Automotif Kolej Vokasional Slim River. Oleh hal demikian, projek Rolling Creeper Seat telah dibina dan diuji menggunakan soal selidik terhadap 10 orang responden terdiri dari pelajar dan pensyarah. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif melalui penggunaan peratus persetujuan. Hasil dapatan analisis data menunjukkan Rolling Creeper Seat sesuai untuk digunakan, berfungsi dengan baik dan mempunyai tahap keselamatan yang baik.