KVO404: Kids-Ab

NOR FATIN NASUHA BINTI ABDULLAH KOLEJ VOKASIONAL BACHOK

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0870 | 2 Likes | 23 Views | 75 times | LS: 77.2
Like it? | Support them now!

Kids Ablution, kids-Ab ini dinaik tarafkan daripada idea asal iaitu bermula dari paip air biasa beserta poster kemudian dinaik tarafkan kepada audio cara-cara mengambil wuduk. Melalui kajian yang dilakukan didapati pelbagai masalah yang dapat dikenalpasti daripada Smart Wuduk 1. Antara masalah yang timbul adalah didapati perkakasan elektronik seperti infrared sensor terdedah kepada persekitaran luar dan sensor tersebut tidak berfungsi dengan baik. Hal ini, amat bahaya kepada kanak-kanak semasa mereka mengendalikan Smart Wuduk 1. Oleh itu, boleh menyebabkan berlaku pembaziran air secara kerap ketika berwuduk. Seterusnya, Smart Wuduk 1 mempunyai reka bentuk yang tidak mengikuti kriteria kanak-kanak terutamanya dari segi saiz produk. Hal ini demikian, menyebabkan kurangnya pendekatan kanak-kanak terhadap reka bentuk projek. Dengan itu, tercetuslah idea untuk menaik tarafkan projek ini kepada kids-Ab dengan menambah ciri baru iaitu paparan LCD untuk memaparkan teks cara mengambil wuduk dan infrared sensor in faucet. Selain itu, projek ini juga boleh dijadikan sebagai alat bantu mengajar bagi memudahkan guru-guru mengajar kursusnya dalam modul pendidikan islam dan memudahkan lagi proses pembelajaran kanak-kanak serta menjimatkan penggunaan air ketika berwuduk sekaligus dapat menambah minat kanak-kanak. Projek ini diharapkan dapat mencapai objektif utama seperti yang digariskan. Bagi mengatasi permasalahan tersebut kami menggunakan komponen seperti Arduino UNO, Electronic Faucet, Infrared sensor, Ultrasonic sensor dan LCD. Ia bertujuan untuk meningkatkan prestasi agar dapat mengurangkan pembaziran air dan juga memberikan panduan yang tepat tentang tata cara mengambil air wuduk yang betul.