HANI MUSLEEM BIN HAMDAN KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN AFZAN
Jaket Isyarat Keselamatan Basikal ini berfungsi untuk memberi isyarat kepada penunggang yang lain ketika berada di jalan raya. Jaket ini akan mengeluarkan isyarat yang mempunyai 4 elemen iaitu isyarat kiri, isyarat kanan, lampu amaran dan bunyi buzzer. Selain itu, jaket ini akan berfungsi apabila penghantar (transmitter) memberi isyarat kepada penerima (receiver) untuk melakukan kerja pada jaket. Didapati terdapat banyak masalah yang dilalui oleh setiap penunggang basikal, sebagai contoh memasuki simpang menggunakan tangan atau tanpa isyarat. Tujuan jaket ini dilakukan ialah untuk membantu penunggang basikal untuk memudahkan perjalanan mereka dengan memberi isyarat melalui jaket ini. Seterusnya, penghantar boleh diletakkan pada pemegang basikal bagi mengawal lampu isyarat kiri dan kanan. Fungsi lampu amaran adalah dikeluarkan apabila waktu malam bagi penunggang kenderaan lain mengetahui keberadaan penunggang basikal. Bunyi buzzer pula berfungsi sebagai penggera atau horn untuk penungang basikal berkomunikasi dengan penunggang kenderaan lain. Jaket ini tidak diletakkan pada basikal, kerana ianya boleh digunakan pada pengguna lain contohnya FoodPanda Walker. Cadangan penambahbaikan projek ini pada bateri 3v ditukarkan kepada voltan yang lebih tinggi. Kemudian, bunyi buzzer ditukar kepada bunyi horn yang lebih kuat