KVO688: GREEN ZONE “Sun Power : Lighten Up Campus Life With Renewable Energy”

MUHAMMAD SHAFIQ ANAS BIN MOHD SUHAIMI KOLEJ VOKASIONAL TANAH MERAH

Kajian ini tentang projek pemasangan sistem solar di pondok Program Teknologi Elektrik, Kolej Vokasional Tanah Merah dengan tujuan untuk memudahkan pelajar mengakses bekalan kuasa di kawasan pondok rehat. Sistem yang dipasang mencakupi terminal USB, soket 3 pin serta kipas dan lampu yang dapat dikendalikan secara manual atau jarak jauh menggunakan telefon. Pondok ini dijadikan sebagai Kawasan Hijau di mana membekalkan bekalan elektrik untuk kemudahan dan keselesaan pelajar hasil dari pemasangan sistem solar. Pendekatan penyelidikan menggunakan model ADDIE untuk menilai kesesuaian dan keberkesanan sistem ini. Hasil kajian menunjukkan sistem solar memberikan akses bekalan mencukupi dan membantu mengurangkan kebergantungan pada grid elektrik konvensional. Implikasi projek ini adalah pelajar selesa dan mudah mendapatkan bekalan kuasa untuk pelbagai kegunaan, meningkatkan ketersediaan dan kebolehpasaran teknologi hijau di kalangan pelajar, sambil memberikan kesempatan untuk mempraktikkan konsep kelestarian tenaga dalam kehidupan sehari-hari.