YI684: FevAway

NUR AINI SYAKIRAH BINTI RUSLI SEKOLAH MENENGAH MAARIF

Produk ini berasaskan bahan semulajadi untuk digunakan sebagai bahan penurun suhu badan ketika demam. Ia diinspirasikan berdasarkan petua yang telah lama digunakan iaitu menggunakan daun bunga raya putih, daun durian belanda dan aloe vera sebagai agen penyejuk. FewAway dikhaskan kepada kanak-kanak dalam lingkungan umur satu hingga tujuh tahun. Ujian yang dijalankan mendapati penggunaan FevAway dapat menurunkan suhu sebanyak 38% peratus lebih cepat berbanding produk sedia ada dipasaran. Produk ini akan diletakkan di bahagian dahi atau belakang tengkuk bagi mempercepatkan penuruan suhu badan.