NOR ARLINA BT AWANG SMK Belimbing
Kaedah latih tubi soalan merupakan kaedah yang sentiasa digunakan oleh guru kepada setelah selesai atau tamat sesuatu pembelajaran dan pengajaran guru. Lazimnya kaedah ini , guru akan memberi helaian kertas yang mengandungi soalan sama ada berbentuk aneka pilihan, struktur atau esei yang perlu disiapkan oleh murid. Kemudian guru akan menyemak jawapan bersama murid dan murid akan memperbetulkan jawapan mereka. Soalan latih tubi biasanya akan dijawab secara individu dalam suasana yang senyap. Sebenarnya aktiviti atau aedah latih tubi soalan sedemikian amat membosankan terutama murid golongan lemah. Ini kerana mereka tidak dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Kesannya murid tersebut akan menghantar kertas kosong kembali kepada guru tanpa bertanda atau mereka mengabaikan kertas yang diberi oleh guru. Ini menyebabkan murid tersebut terus ketinggalan dalam menjawab soalan latihan. Berdasarkan pengalaman sedemikian murid dari kelas terakhir akan terus hanyut dengan markah yang rendah. Inovasi kotak permainan ’GEOG IQ KIT” telah dapat menyelesaikan masalah tersebut. Kotak permainan ini telah membolehkan murid dari kumpulan lemah mengambil bahagian dalam menjawab soalan latih tubi yang diberikan oleh guru walaupun tidak dapat menguasai kemahiran membaca , menulis dan mengira. Ini dapat mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan dalam kelas. Keaktifan murid dalam kelas amat peting untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan. Oleh itu kotak permainan GEO IQ KIT sememangnya amat berjaya kerana ia memberi ruang kepada semua kumpulan murid mengambil bahagian aktif dalam menjawab sebarang soalan yang diberi oleh guru.