KVO733: PENYIRAMAN TANAMAN AUTOMATIK

KHAIRULAMIRIN BIN KHAIRUL IZAN KOLEJ VOKASIONAL SERI MANJUNG

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.2474 | 97 Likes | 392 Views | 166 times | LS: 287.0
Like it? | Support them now!

Penyiraman Tanaman Automatik ini adalah salah satu sumbangan untuk sektor pertanian iaitu berkonsepkan pertanian bandar yang tidak perlu ruang tanah yang besar untuk bercucuk tanam. Sistem ini dibangunkan dengan tetapan pilihan manual dan automatik. Projek ini juga menggunakan sistem bekalan kuasa solar yang mana dapat menjimatkan tenaga elektrik . Melalui sistem ini, penyiraman pokok dapat dilaksanakan dengan cara yang efektif. Sistem automatik berfungsi dengan menetapkan pemasa pada projek ini. Melalui mod tetapan manual pula, pengguna boleh melaksanakan penyiraman melalui aplikasi dari telefon mudah alih. Akhir sekali, projek ini menggunakan tumbuhan kegunaan isi rumah yang berupa sayuran dan ulaman.