RAZIS BIN RAHIM KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2
Bixa orellana L. atau annatto (nama Inggeris) atau kesumba atau kunyit jawa (nama nusantara) adalah dari famili Bixaceae. Potensi pigmen pada biji yang dikenali sebagai bixin telah dikaji dalam projek ini dan dibangunkan sebagai pewarna fabrik semulajadi (natural dyes) menggunakan kaedah pengekstrakkan kimia (solvent extraction). Penggunaan teknik dyeing dan teknik mordanting menggunakan mordant Aluminum Potassium Sulfate dan Stannous Chloride telah berjaya menghasilkan tona warna jingga yang unik pada fabrik sutera dan poliester. Ujian ketahanan terhadap basuhan dan cahaya mengikut Standard Malaysia MS ISO 105-A05-2003 dan MS ISO 105-B02-2001 telah memberikan nilai bacaan yang baik iaitu di antara 3 hingga 5 (nilai terbaik adalah 5). Potensi pewarna semulajadi dari Bixa orellana L. ini telah memberi impak yang baik terhadap keunikan, keaslian warna dan boleh diaplikasikan dalam pembuatan batik futuristik dan juga penghasilan kraftangan berasaskan fabrik.