ABDUL BASIT BIN KAMALUDIN TEKNOLOGI KIMPALAN KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN AFZAN
Portable Hydraulic Bend Test ini direka bentuk bagi memudahkan para pelajar untuk membuat ujian lenturan di dalam bengkel mengikut kesesuaian tempat. Permasalahan reka bentuk projek ini bermula daripada mesin ujian lenturan yang sedia ada terlalu besar dan sukar untuk dialihkan. Proses pembelajaran menjadi sukar apabila proses simulasi hanya boleh dilakukan disatu tempat sahaja. Portable Hydraulic Bend Test ini direka untuk digunakan di dalam kelas semasa proses pembelajaran. Hal ini memudahkan pensyarah membuat simulasi sambil menerangkan kepada pelajar berkaitan teori dan amali ujian lenturan. Masalah yang lain adalah alatan ujian lenturan yang sedia ada memerlukan bantuan dari dandang mampatan angin untuk proses sokongan kerja lenturan. Ianya agak sukar jika bekalan angin tiada dan para pelajar tidak dapat melakukan amali ujian lenturan. Portable Hydraulic Bend Test hanya memerlukan tenaga manual untuk mengendalikan ujian lenturan ini. Rekabentuk projek ini lebih mudah difahami dan pengendaliannya lebih mudah untuk melakukan ujian lenturan.