JI1144: HYBRIC PORTABLE FAN USING RECYCLE GOODS

NUR NATRAH SHUHADA BINTI IDZUAN SEKOLAH KEBANGSAAN AYER MOLEK

Tenaga boleh baharu merupakan tenaga yang boleh dijanakan daripada sumber semulajadi secara berterusan. Cahaya matahari merupakan sumber tenaga utama yang mana tenaga yang diperoleh daripada matahari dikenali juga sebagai tenaga solar. Tenaga ini boleh ditukarkan kepada tenaga elektrik dan tenaga haba. Penggunaan tenaga solar didalam kehidupan seharian dapat mengurangkan kesan rumah hijau. Tenaga solar merupakan salah satu tenaga boleh baharu yang mana penggunaan tenaga solar ini dapat mengurangkan kesan rumah hijau. Projek kipas solar mudah alih dengan menggunakan tenaga solar dapat membantu pihak sekolah dalam menagani masalah kepanasan didalam khemah terutama semasa musim perkhemahan sekolah. Kipas ini dapat dibawa kemana-mana selain ia menggunakan solar sebagai tenaga elektrik. Produk kipas solar ini juga sesuai digunakan untuk aktiviti luar dan peniaga payung. Walau bagaimana pun, kipas solar mempunyai had yang mana ia hanya berfungsi pada waktu siang iaitu ketika matahari kelihatan.