KVO845: PULUT PANGGANG RENDANG KERANG

MUHAMMAD NUR WALID BIN RIDZUAN Kolej Vokasional Langkawi

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0952 | 2 Likes | 21 Views | 89 times | LS: 91.2
Like it? | Support them now!

Pulut panggang merupakan salah satu daripada makanan tradisi masyarakat Melayu di negara Malaysia. Pulut panggang turut dikenali dengan nama pulut inti ataupun pulut udang. Pulut panggang merupakan pulut yang dicampurkan dengan inti kelapa atau ikan yang kemudiannya dibakar. Pulut panggang boleh dibahagikan kepada dua komponen iaitu pulut yang direndam semalaman , dikukus dan dicampur bersama santan dan inti yang dibuat dari kelapa atau ikan . Kami telah inovasikan pulut panggang dengan menggunakan kerang sebagai bahan utama dalam inti . Dengan menggunakan kerang yang jarang digunakan dalam produk bakeri & pastri untuk memberi kelainan kepada produk tradisional yang ada pada masa kini . Dengan ini , kami telah menjadikan kerang sebagai bahan utama dalam rendang supaya kerang dapat ditunjukkan sebagai bahan utama . Kesimpulannya , daripada kajian yang telah dilakukan didapati bahawa pulut panggang rendang kerang ini dapat diterima oleh masyarakat langkawi dari segi tekstur , rasa , rupa dan bentuk . Oleh hal yang demikian , kami berharap pulut panggang rendang kerang dapat diterima oleh masyarakat Malaysia sebagai salah satu produk yang telah diubahsuai dari pulut udang .