SARINAH BINTI MADJIT SK ISKANDAR PERDANA
Penutup botol plastik terdapat di mana-mana dalam kehidupan seharian kita, namun ramai di antara kita tidak menyedari kesan alam sekitar yang boleh ditimbulkannya dan ia menyumbang kepada krisis pencemaran plastik global. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai cara kreatif dan berfaedah untuk menggunakan semula dan mengitar semula penutup botol plastik, mengurangkan sisa dan memberi mereka nafas baharu.Satu cara praktikal untuk menggunakan penutup botol plastik adalah dengan menggunakan semula penutup botol untuk menjadi bahan bantu mengajar kepada murid. Ia juga membantu mengurangkan sisa plastik. Kit inovasi ini diberi nama “Flip Flops Tutubot 2.0“. Inovasi ini telah diubahsuai dan dijadikan sebagai kit pembelajaran yang menggunakan bahan kitar semula iaitu penutup botol plastik. Inovasi ini selamat digunakan oleh para pelajar. Inovasi ini sesuai untuk aktiviti kelas dan individu. Kit Inovasi ini juga boleh sesuai digunakan untuk semua mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Sains. Inovasi ini dicipta bagi memudahkan para guru menjalankan aktiviti Pdpc yang lebih menarik dan berbentuk didik hibur disamping mengamalkan pembelajaran berasaskan lestari alam. Inovasi ini merupakan bahan bantu mengajar yang memfokuskan kepada pengenalan huruf, sukukata,perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi huruf vokal pada penutup botol. Bahan ini dihasilkan untuk meningkatkan kebolehan murid-murid dalam menguasai kemahiran membaca perkataan mudah. Inovasi ini telah dimurnikan dan ditambah baik menjadi alat bantu mengajar yang lebih menarik untuk pelbagai mata pelajaran di sekolah.