PR932: Laman Web Interaktif SIC: Integrasi Teknologi Digital Pemangkin Kecemerlangan Pelajar TVET

Nurliyana Husna Binti Ramli Politeknik Kota Bharu

VIC25 | Professional

CR: 0.1250 | 1 Likes | 8 Views | 18 times | LS: 19.1
Like it? | Support them now!

Laman web interaktif SIC merupakan satu inisiatif inovatif yang membangunkan laman web berasaskan teknologi digital sebagai sokongan kepada program kecemerlangan pelajar TVET, khususnya dalam konteks pertandingan Solariz Idea Competition (SIC). Laman web ini direka bentuk untuk menyediakan platform interaktif yang mengintegrasikan elemen pembelajaran kendiri, kolaborasi digital, dan dokumentasi projek mini berteraskan teknologi solar dan sains kejuruteraan. Laman web ini bukan sahaja menjadi pusat sumber dan rujukan kepada pelajar dan pensyarah, malah berfungsi sebagai pemangkin kepada pembangunan holistik pelajar merangkumi kemahiran kognitif, psikomotor dan afektif. Inisiatif ini selari dengan matlamat Revolusi Industri 4.0 yang menuntut penguasaan teknologi digital dalam bidang teknikal dan vokasional. Laman web yang dibangunkan ini dapat menyediakan satu platform yang akan dapat diakses oleh semua peserta dan warga PKB khususnya. Secara tidak langsung, segala informasi yang terkini dapat disediakan dan dikemaskini dengan mudah serta para peserta akan mendapat maklumat secara masa-nyata (real-time).  Semua maklumat berkenaan dengan program seperti syarat pertandingan, tarikh-tarikh penting dan sebagainya dipaparkan untuk rujukan peserta. Proses awal penjurian juga dimuatkan  di dalam laman web ini. Sebagai langkah keselamatan, para juri perlu memasukkan kata laluan sebelum dapat mengakses borang markah. Selain itu, pelajar juga akan dapat didedahkan dengan teknologi digital yang sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian.