NURUL HUSNA BINTI MOHD KHAIRULHISHAM SM SAINS PASIR PUTEH
SURVIBAHASA ialah inovasi pendidikan berasaskan permainan survival dan strategi yang dibangunkan bagi mengatasi masalah penguasaan tatabahasa yang lemah akibat kaedah pengajaran kurang interaktif dan membosankan. Inovasi ini bertujuan meningkatkan minat, fokus dan kefahaman pelajar melalui pendekatan yang menyeronokkan serta berpusatkan pelajar, dengan sasaran utama pelajar menengah rendah. SURVIBAHASA menggabungkan kad cabaran, elemen strategi, serta sokongan mentor AI melalui chatbot, di samping penggunaan Genially sebagai medium refleksi pembelajaran interaktif. Kos penghasilan adalah rendah, hanya melibatkan kad cetakan, fail eksklusif dan akaun digital. Dapatan menunjukkan peningkatan penglibatan dan penguasaan pelajar, di samping potensi tinggi untuk disebarluaskan serta dikomersialkan sebagai bahan pembelajaran abad ke-21.