NUR SHAHIRA FARQAIN BINTI SUKRI KOLEJ VOKASIONAL PUTERI
Puding Raja merupakan sejenis makanan tradisional yang berasal dari Negeri Pahang, Malaysia. Objektif utama inovasi ini ialah untuk memanjangkan jangka hayat produk agar boleh disimpan lebih lama serta memudahkannya dipasarkan secara lebih meluas, bukan sahaja di sekitar Pahang tetapi juga ke seluruh negara. Aiskrim ini juga telah melalui beberapa proses penambahbaikan dari segi rasa, ketahanan, dan tekstur. Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa produk ini boleh bertahan lebih daripada sebulan apabila disimpan dalam keadaan sejuk beku. Buat masa ini, Aiskrim Puding Raja telah mula dipasarkan melalui Koperasi Kolej Vokasional Puteri Temerloh Berhad sebagai langkah awal sebelum dikembangkan ke pasaran luar. Melalui projek inovasi ini, bukan sahaja berpeluang mengetengahkan makanan warisan Melayu dalam bentuk yang lebih moden, tetapi membuka potensi kepada idea perniagaan baharu yang lebih berdaya saing.