IRDINA IWANI BINTI ABD JALIL SAMT SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Minyak masak ialah salah satu bahan buangan yang senang didapati setiap hari. Kantin, restoran dan medan selera menyumbang kepada peningkatan kandungan lemak dan gris yang tinggi dalam air basuhan dan mengalir ke longkang. Inilah penyebab kepada sistem perparitan dan pembentungan yang tersumbat sehingga menyebabkan masalah seperti air bertakung dan banjir. Malahan, pembuangan minyak masak terpakai juga boleh menyebabkan pencemaran tanah dan air sehingga menyebabkan kematian haiwan akuatik. Analisis kajian ini menunjukkan tahap kesedaran terhadap minyak masak terpakai kurang sehingga mereka tidak tahu bahawa minyak masak terpakai juga boleh dikitar semula seperti tin, kaca dan kertas. Hal ini demikian kerana maklumat tentang kitar semula minyak terpakai tidak meluas seperti bahan lain. Maka inovasi yang dihasilkan merupakan sabun berasaskan minyak masak terpakai dan bahan semula jadi yang sangat bermanfaat iaitu kayu cendana dan jintan hitam. Soap4lyfe ini bukan sahaja untuk mengurangkan sisa cecair dalam alam sekitar tetapi gabungan dua bahan ini supaya memberikan manfaat yang maksimum kepada pengguna. Hal ini demikian, dalam pasaran hanya ada sabun kayu cendana atau sabun Jitan Hitam tetapi kami menggabungkan dua bahan tersebut untuk menghasilkan sabun yang mudah dan efisien dalam membunuh virus covid dan untuk kesihatan kulit.. Kelebihan kayu cendana yang lain ialah ianya membersih kulit dari segala kotoran, menghilangkan jerawat, menyegarkan badan dan juga fikiran. Jintan Hitam juga mempunyai banyak kelebihan seperti merawat kulit-kulit, memberikan kesegaran dan bertindak sebagai anti-kanser. Hasil kaji selidik menunjukkan juga penerimaan masyarakat terhadap Soap4lyfe dan mendapat keputusan yang positif. Sabun semula jadi yang memenuhi ciri teknologi hijau ini dapat membantu memulihara dan meminimumkan kesan buruk kepada alam sekitar serta menjimatkan kos kerana menggunakan bahan buangan dan bahan sedia ada.