KVO346: SMART SQUARE

NUR AIMIE NADIRAH BINTI ROSLE KOLEJ VOKASIONAL BESUT

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk merancang tanda bangunan yang menggunakan benang sebagai medium utama untuk menandakan kedudukan sementara bangunan. Pendekatan ini memberi penekanan kepada pemasangan benang secara melintang dengan sudut 90 darjah sebagai elemen penanda utama. Walaupun konsep ini memberikan keunikan visual, namun terdapat beberapa kesukaran praktikal semasa pelaksanaan pemasangan benang pada sudut tersebut. Kesukaran utama terletak pada kemahiran dan ketepatan pemasangan benang secara bersilang. Keperluan untuk mencapai sudut 90 darjah dengan tepat memerlukan proses pengukuran yang teliti dan ketelitian yang tinggi. Kesilapan sedikit pun dalam penentuan sudut boleh mengakibatkan mutu bangunan yang bakal didirikan akan berkurangan dari segi kepersegian. Kecacatan dari segi kepersegian ini akan mencacatkan rupa pemasangan siling dan mozek, kerana ia akan memberi kesan visual yang tidak selari dengan dinding. Penggunaan alat yang sesuai dan kemahiran seseorang pekerja menjadi faktor penting ketika kerja merancang tanda bangunan. Seorang pekerja perlulah mahir mengendali alatan seperti sesiku bangunan dan mempunyai daya pemerhatian yang baik untuk mendapatkan sudut 90 darjah. Ia memerlukan pengalaman yang lama ditempat kerja bagi mengendalikan kerja-kerja ini. Pemilihan benang yang sesuai juga menjadi satu cabaran, di mana ketahanan terhadap unsur cuaca seperti hujan, panas, dan angin perlu dipertimbangkan. Selain itu, proses pemasangan benang secara melintang mengikut sudut 90 darjah memerlukan kemahiran khusus untuk memastikan kestabilan dan keseimbangan visual yang diinginkan. Walaupun terdapat kesukaran dalam pemasangan benang secara melintang mengikut sudut 90 darjah, konsep ini memberikan peluang untuk mencipta tanda bangunan yang unik dan menarik. Dengan merancang penyelesaian yang cekap untuk mengatasi cabaran ini, penggunaan benang sebagai penanda kedudukan bangunan boleh menjadi elemen penting dalam inovasi rekabentuk arsitektur yang sementa