JI623: PORTABLE SOAP

THIBEENSAI A/L MUNISVARAN SJKT LADANG BUKIT CHERAKA

''Portable soap'' merupakan sabun buatan sendiri oleh murid - murid SJKT Ldg Bukit Cheraka. Bentuk sabun ini adalah kecil dan boleh dibawa ke mana - mana sahaja. Kita tidak perlu risau sekiranya tidak mempunyai sabun ketika mencuci tangan. Ini adalah kerana sabun mudah alih ini boleh disimpan dalam poket dan boleh digunakan pada bila - bila masa. Bahan utama yang digunakan dalam pembuatan sabun ini adalah soap base. Selain itu daun semambu, vitamin C dan bahan lain turut digunakan dalam pembuatan sabun mudah alih ini. Sabun ini selamat digunakan kerana tidak mengandungi banyak bahan kimia sedangkan kebanyakan bahan yang digunakan adalah bahan semulajadi. Bentuk sabun kecil yang disimpan dalam bekas membolehkan kita masukkannya dalam poket mahupun dalam beg tangan.