KVO809: RECYCLE HOLDER TYPIST

LAILATUL NURMASDIEYANA BINTI AHMAD KOLEJ VOKASIONAL TEMERLOH

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.3767 | 139 Likes | 369 Views | 93 times | LS: 284.4
Like it? | Support them now!

Kemahiran asas menaip adalah perkara yang perlu dipraktikkan oleh pelajar Kesetiausahaan Pentadbiran di Kolej Vokasional Temerloh. Justeru itu, produk ini diwujudkan bagi mengatasi masalah yang sering dihadapi semasa proses menaip. Antara masalah yang wujud ialah kedudukan komputer yang tidak stabil menyebabkab posisi semasa menaip tidak selesa. Produk ini membantu menstabilkan kedudukan komputer dengan ukuran sudut yang bersesuaian semasa menaip. Selain itu, masalah yang dihadapi ialah tiada stand holder untuk memegang dokumen semasa menaip menyebabkan pelajar sukar untuk menaip kerana terpaksa menunduk untuk melihat dokumen rujukan di atas meja. Produk ini dapat meningkatkan kepantasan menaip dengan penyelesaian terhadap masalah tersebut. Produk ini juga dihasilkan menggunakan reka bentuk ergonomik yang bersesuaian dengan kedudukan semasa menaip. Penggunaan bahan kitar semula telah menjimatkan kos penghasilan produk. Kesimpulannya, produk ini sangat membantu memudahkan proses PdPc di setiap kolej.