PUTRI HUMAIRAH BINTI AZHAR SMK DATO' AHMAD MAHER
Masalah kesan karat pada pakaian sering berlaku akibat penggunaan air berkarat yang berpunca daripada paip lama, tangki air atau persekitaran yang tercemar. Kesan karat bukan sahaja merosakkan penampilan pakaian malah menyebabkan pembaziran apabila pakaian dibuang kerana sukar dibersihkan menggunakan sabun biasa. Oleh itu, satu inovasi pembersih yang selamat, berkesan dan mesra alam amat diperlukan bagi mengatasi masalah ini secara praktikal dalam kehidupan harian.Inovasi Sabun Anti Karat Organik dibangunkan menggunakan bahan semula jadi yang mempunyai sifat pembersihan dan tindak balas terhadap kesan oksida besi tanpa merosakkan fabrik. Formula organik yang digunakan mampu menanggalkan kesan karat dengan lebih efektif, selamat kepada pengguna serta tidak mencemarkan alam sekitar. Selain itu, produk ini mudah digunakan, mudah dibawa dan sesuai untuk pelbagai jenis kain. Inovasi ini diharapkan dapat membantu mengurangkan pembaziran pakaian, meningkatkan kebersihan serta menyokong penggunaan produk pembersihan yang lebih lestari dan mesra alam.
Kata Kunci: Sabun Anti Karat Organik, Pembersih Fabrik, Kesan Karat, Inovasi Mesra Alam