Nor Azrinna Binti Mohd Yusof KOLEJ VOKASIONAL MELAKA TENGAH
Hari ini dunia kita tidak asing lagi dalam kemajuan dari segi kemudahan peralatan. Kajian telah dilakukan untuk mengenal pasti dan juga memperbaiki reka bentuk troli mengikut peredaran masa. Oleh itu, troli ini telah diperbaiki untuk memenuhi standard yang ditetapkan. Kajian mengenai troli telah menghasilkan idea dalam penciptaan mereka bentuk "Troli Pelbagai Fungsi” dan kami telah memanfaatkan idea-idea ini dengan menambahkan beberapa ciri tambahan serta inovasi dalam meningkatkan kebolehgunaan troli tersebut. Terdapat beberapa prosedur yang telah dirancang dan akan diikuti agar projek ini dapat disiapkan mengikut masa yang telah dirancang. Carta Gantt telah dibangunkan supaya projek berjalan lancar. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa banyak orang bersetuju bahawa "Troli Pelbagai Fungsi" ini sangat berguna untuk melakukan pelbagai jenis pekerjaan, terutamanya kerja-kerja penyelenggaraan dan pemindahan barangan dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan lebih mudah dan dapat menjimatkan masa dan tenaga kerja. Troli yang ada di pasaran ini sukar dibawa untuk mengangkat barang berat. Inovasi ini yang direka dapat menyelesaikan masalah dengan mengabungkan troli menjadi tangga kerana bagi memudahkan ini dapat bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan tugasan kerja yang dilakukan.