KVO1065: Kod QR Fail Peribadi Pelajar

NURUL AFRINA ALISHA BINTI MOHD AFINDI KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0460 | 4 Likes | 87 Views | 141 times | LS: 145.2
Like it? | Support them now!

Fail peribadi pelajar adalah koleksi rekod peribadi setiap pelajar diploma di kolej vokasional yang mengandungi dokumen penting berkaitan pengajian dan maklumat peribadi pelajar. Kelemahannya, fail disimpan berpusat menyukarkan akses apabila diperlukan kerana saiz yang besar dan berat, tempat penyimpanan yang terhad, pengurusan rekod maklumat yang tidak efisien, serta keselamatan dan risiko kehilangan atau kerosakan dokumen. Oleh itu, kod QR (Quick Response) fail peribadi pelajar dibangunkan akan terhubung dengan folder Google Drive emel jabatan. Implikasinya, ia membantu melancarkan pengurusan rekod, serta membantu proses mengakses fail peribadi pelajar dengan mudah, cepat dan selamat serta mengurangkan risiko kehilangan dan kerosakan dalam situasi di luar jangkaan.