PUTRI NURFARHANIS SYAMILIA BINTI MUHAMAD SAIFUDIN KOLEJ VOKASIONALKUANTAN
SMART DISTRIBUTION BOX (DB) SYSTEM WITH INTERNET OF THINGS (IoT)
Putri Nurfarhanis Syamilia binti Muhamad Saifudin1 Muhammad Afiq Irfan bin Mohamed Rodwan2 Muhammad Raffli bin Abdul Rahim3 Ramlah binti Zakaria4
Kolej Vokasional Kuantan1234
Abstrak
Smart Distribution Box (DB) System With Internet of Things (IoT) dibangunkan untuk tujuan pemantauan dan keselamatan penggunaan tenaga elektrik di rumah dengan pendekatan berteraskan teknologi hijau. Sistem ini menggabungkan penggunaan Internet Of Things (IOT) serta sumber tenaga solar bagi menyokong amalan penggunaan tenaga yang lebih efisien dan mesra alam Pembangunan Smart Distribution Box (DB) System With Internet of Things (IoT) menggunakan ESP32 ini adalah bagi mencapai objektif iaitu pengguna dapat membaca penggunaan tenaga elektrik melalui paparan yang disediakan, meningkatkan faktor keselamatan dan kecekapan pengurusan penggunaan tenaga elektrik. Pembangunan sistem ini menggunakan Model Waterfall yang melibatkan peringkat analisis keperluan, reka bentuk, pembinaan, pengujian dan penambahbaikan. Melalui pembangunan pengaturcaraan ESP32, penggunaan tenaga elektrik di rumah dapat dibaca melalui paparan LCD 16X2 I2C. Sistem Smart Distribution Box (DB) System With Internet of Things (IoT) ini dilengkapi dengan sensor voltan ZMPT101B dan sensor arus ACS712 bagi mengukur parameter elektrik serta sensor suhu DHT11 yang digunakan untuk memantau keadaan suhu peralatan. Data yang diperolehi akan dihantar secara masa nyata melalui mikropengawal ESP32 ke aplikasi Blynk. Aplikasi Blynk memaparkan penggunaan tenaga elektrik dan kos harian di mana pengguna boleh mengetahui penggunaan kos semasa penggunaan tenaga elektrik dan suhu. Smart Distribution Box (DB) System With Internet of Things (IoT) ini juga menyediakan fungsi kawalan jauh untuk suis utama bagi membolehkan pengguna mengawal suis utama dari jauh bagi menghidup atau mematikan peralatan elektrik. Dengan fungsi ini, penggunaan elektrik dapat dikawal dengan lebih bijak serta meningkatkan keselamatan serta mengurangkan pembaziran penggunaan tenaga elektrik. Pembangunan Smart Distribution Box (DB) System With Internet of Things (IoT) secara efektif berjaya menangani masalah ketiadaan sistem kawalan pintar yang memantau dan mengawal penggunaan tenaga elektrik di rumah secara langsung bagi tujuan keselamatan, peningkatan penggunaan tenaga elektrik dan mengelakkan pembaziran. Secara keseluruhannya, projek ini bukan sahaja meningkatkan keselamatan dan penjimatan kos elektrik, tetapi juga menyokong usaha ke arah pembangunan teknologi hijau dan tenaga lestari.