KVO796: SISTEM MAKANAN IKAN DAN PH AIR MENGGUNAKAN IOT (MIPHA)

NURUL AFIQAH BINTI AZHAR KOLEJ VOKASIONAL BATU PAHAT

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0130 | 1 Likes | 77 Views | 80 times | LS: 81.0
Like it? | Support them now!

Berdasarkan objektif utama projek ini adalah untuk merekabentuk sebuah mesin pemberian makanan ikan secara automatik dan untuk mengetahui keadan semasa pH air untuk menggantikan tenaga kerja yang memberi makanan dan memeriksa keadaan air ikan yang masih menggunakan kaedah tradisional. Mesin ini akan membantu pembela ikan mengurangkan kos dari segi tenaga kerja. Projek Peralatan Makanan dan pH Air merupakan satu sistem pemberian makanan dan pemeriksaan keadaan pH air kepada ikan. Projek digunakan untuk memudahkan sistem pemberian makanan ikan dan kawalan keadaan air semasa. Berdasarkan kajian bagi skop projek ini, ia adalah masalah bagi pembela ikan secara kecil-kecilan yang masih menggunakan kaedah pemberian makanan dan pemeriksaan keadaan air ikan secara manual. Selain itu, separuh dari kalangan mereka masih menggunakan kaedah pemberian makanan dengan mengangkut atau dengan mencampak makanan kepada ikan.Untuk menyelesaikan masalah ini, kami telah mengkaji masalah dan Peralatan Makanan dan pH Air ini merupakan sebuah projek inovasi yang di rekakan bagi memenuhi objektif-objektif utama projek ini iaitu mengenalpasti kaedah pemberian makanan dan kawalan keadaan air kepada ikan yang boleh menjimatkan penggunaan tenaga manusia. Selain itu,menghasilkan satu sistem yang menjimatkan masa .Projek ini menggunakan beberapa litar seperti litar bekalan, litar sensor, litar amplifier dan juga litar pemasa. Akhir sekali, ia juga membina satu sistem pemberian makanan kawalan keadaan pH air ikan automatik secara menyeluruh dengan menggunakan IOT.