NUR SYUHADA BINTI MOHAMED HAUZA KOLEJ VOKASIONAL (ERT) AZIZAH
Produk inovasi yang dicipta ialah Pai Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api. Penyelidik memilih produk inovasi ini kerana ia boleh dijadikan sebagai diet vegetarian kerana cendawan kukur ini boleh dijadikan sebagai bahan pengganti daging. Berdasarkan pernyataan masalah yang dipetik dari Jabatan Pertanian Malaysia (2014), tidak ramai orang mengenali cendawan kukur terutama golongan muda dan orang bandar. Objektif kajian adalah untuk menghasilkan produk pai yang berasaskan cendawan kukur, mencipta formulasi terbaik berasaskan cendawan kukur dan untuk mengetahui pendapat responden mengenai produk inovasi dari segi warna, rupa, rasa, tekstur dan aroma. Kaedah yang digunakan untuk melaksanakan projek ini ialah melalui pengedaran borang soal selidik kepada 20 orang responden. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa ramai responden dalam kalangan pelajar suka akan Pai Cendawan Kukur dari segi rasa, tekstur dan aroma. Kata kunci: pai, cendawan, cendawan kukur, lemak cili api, vegetarian, diet, sayur-sayuran.