MUHAMMAD NUWAIR HAZIQ BIN NAZLIN SMK TAMAN RIA JAYA
Ujian SEGAK dilaksanakan secara pentaksiran sekolah dan skor murid direkodkan. Bateri ujian SEGAK juga mempunyai norma berdasarkan murid sekolah di Malaysia mengikut umur dan jantina. Ujian SEGAK dilaksanakan secara standard seluruh negara pada bulan Mac dan Ogos. Produk inovasi ini dinamakan SEGAK SMARTBUZZ V5.0 bersempena penggunaannya semasa Ujian Segak Dilakukan. SEGAK SMARTBUZZ V5.0 mempunyai potensi yang besar untuk digunakan semasa mata pelajaran PJK kerana Mudah untuk dikendalikan oleh murid dan guru. Pdpc menjadi lebih menarik dengan adanya bunyi buzzer serta kerlipan LED. Mempunyai digital counter yang membantu mendapatkan bacaan yang lebih tepat. Boleh juga digunakan untuk murid kelainan upaya (masalah pendengaran) kerana isyarat lampu LED dapat membantu mereka mencatat keputusan. SEGAK SMARTBUZZ V5.0 juga dapat menjadi alat senaman tekan tubi secara peribadi untuk latihan di rumah.