ANJANA ANN THOMAS SK DANAU KOTA (2)
CornBag 2.0 merupakan Produk Inovasi yang dihasilkan menggunakan bahan kitar semulajadi sepenuhnya seperti kulit jagung, tepung gandum, jus pandan, kulit telur ayam, sisa makanan seperti tulang ikan, tulang ayam, sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Pelbagai proses telah dijalankan seperti proses pengeringan, mengisar, mengadun bahan, menguli, dan menjemur sehingga terhasilnya CornBag 2.0. Produk inovasi CornBag 2.0 digunakan sebagai alternatif lain untuk pengganti plastik polibeg terlebih dahulu. Setelah itu, CornBag 2.0 ini akan dimasukkan terus ke tapak semaian tanaman tanpa perlu dikeluarkan Cornbag 2.0 ini. Antara kelebihan dan manfaat yang akan diperoleh apabila menggunakan CornBag 2.0 ini sebagai pengganti plastik polibeg ialah berupaya untuk membantu membaikpulih tanah kepada tanah yang kaya humus untuk tanaman dan berupaya mengekalkan kelembapan tanah serta melambatkan kekeringan pada tanah.