KVO1209: ER CH 1.0

MUHAMMAD ADAM BIN MUHIDIN KOLEJ VOKASIONAL IPOH

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 8 Views | 63 times | LS: 63.0
Like it? | Support them now!

ER CH 1.0 merupakan projek inovasi dari Program Teknologi Pembinaan, Kolej Vokasional Ipoh. Nama produk inovasi ini diambil dari singkatan ER membawa maksud Emergency, manakala CH bermaksud Clothes Hanger iaitu penyangkut pakaian. ER CH 1.0 dihasilkan daripada bahan buangan iaitu payung terpakai. Elemen 5R boleh diterapkan dalam penghasilan produk inovasi ini. Hasil daripada pemerhatian yang kami jalankan, di dapati masalah berkenaan baju yang dijemur basah ketika hujan turun. Masalah baju basah kerana hari hujan dapat di atasi kerana kehadiran inovasi ER CH 1.0 ini. Bagi pelajar seperti kami yang waktu pembelajaran dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, memang sering berlaku baju yang dijemur di ampaian basah apabila hari hujan. ER CH 1.0 dapat digunakan dengan mudah dan hanya perlu tarik sahaja tanpa sebarang kerisauan untuk meneka atau menjangkakan sama ada hari tersebut akan turun hujan ataupun tidak. Penggunaan bahan terpakai juga menjadi satu indikator penting dalam penghasilan inovasi ini. Kami dapati, terdapat banyak payung yang dibuang di merata tempat. Material payung tersebut masih boleh digunakan semula untuk fungsi yang berbeza. Tiada sebarang kos pada produk inovasi ini. Penggunanan bahan terbuang telah dimanfaatkan kepada penghasilan idea inovasi ini. Keseluruhannya, produk inovasi ER CH 1.0 ini dapat membantu menjadikan negara kita mencapai (SDG) Sustainable Development Goals, iaitu matlamat pembangunan lestari dengan mengurangkan sisa buangan bahan yang terdapat di merata tempat. Inovasi ini boleh dikomersilkan sekiranya jumlah material dapat dikumpul dengan banyak dan penghasilan produk inovasi ini dengan kuantiti yang lebih besar.