PRO384: Membangunkan Model Mesin Gergaji Lengan Sebagai Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM)

NURFARIHAN BINTI DZULKIFLEE KOLEJ VOKASIONAL SERI ISKANDAR

i3DC25 | Professional (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 10 Views | 20 times | LS: 20.0
Like it? | Support them now!

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Model Mesin Gergaji Lengan Sebagai Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) untuk pelajar-pelajar Program Binaan Bangunan di Makmal Jurubina Bangunan Berasakan Kayu dan Perabot di FPTV UTHM. Model ABBM ini dibangunkan untuk menunjukkan operasi pengenalan awal penggunaan mesin dan memberi latihan awal pergerakan tangan kepada pelajar yang menggunakan ABBM ini sebelum ke situasi amali yang sebenar. Kaedah membangunkan model ABBM ini adalah berdasarkan daripada Model ADDIE. Proses mengumpulkan maklumat, menganalisis maklumat, fasa mereka bentuk, fasa pembangunan,  fasa perlaksanaan dan fasa penilaian dilaksanakan bagi merealisasikan PSM ini. Oleh yang demikian kajian ini dibuat bagi membangunkan model ABBM yang boleh berfungsi bagi menunjukkan operasi pergerakannya. Kajian ini telah diuji kebolehfungsiannya serta beberapa aspek daripada lima orang pakar bidang yang mempunyai kelayakan akademik dan kemahiran yang diperakui. Sebanyak 76% mendapat persetujuan mengenai ciri-ciri reka bentuk AABM yang dibangunkan dan sebanyak 88% mendapat persetujuan mengenai pembangunan ABBM. Untuk kebolehfungsian model pula sebanyak 92% telah mendapat persetujuan daripada responden.