NUR SYUHADA BINTI MOHAMED HAUZA Kolej Vokasional (ERT) Azizah
Produk inovasi yang diciptakan oleh penyelidik ialah pumpkin macaroon. Penyelidik memilih untuk menginovasikan produk ini adalah kerana ia merupakan manisan yang unik kerana produk ini dihasilkan berasaskan sayur iaitu labu. Berdasarkan pernyataan masalah yang dipetik, kebanyakkan masyarakat kini kurang mengetahui tentang manfaat dan khasiat labu. Objektif kajian ini dikaji adalah untuk menghasilkan produk macaroon berasaskan labu, mencipta resepi yang sesuai untuk membuat macaroon dengan menggunakan labu, serta untuk mengetahui pendapat responden mengenai produk inovasi dari segi warna, rupa, rasa, tekstur dan aroma. Borang responden yang berbentuk google form diedarkan pada berberapa responden yang telah mencuba macaroon berasaskan labu ini. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa ramai responden dalam kalangan pelajar suka akan pumpkin macaroon dari segi rasa, aroma macaroon dan juga tekstur macaroon.