INA SHARIZAH BINTI HAMZAH KOLEJ VOKASIONAL KUALA KRAI
Penggunaan alat bahan bantu mengajar (ABBM) di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di Kolej Vokasional Kuala Krai masih belum digunakan secara meluas meskipun penggunaannya telah lama diaplikasikan di dalam sektor perindustrian dan di institusi-institusi pengajian tinggi. kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti kesesuaian penggunaan alat bahan bantu mengajar (ABBM) di dalam proses pembelajaran di Kolej Vokasional Kuala Krai selaras dengan perkembangan penggunaannya pada hari ini.