KVO984: SMART COMPARTMENT AUTOMATIC

MUHAMAD AFIQ AIMAN BIN MOHAMAD HASSIFF KOLEJ VOKASIONAL ALOR SETAR

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 22 Views | 147 times | LS: 147.0
Like it? | Support them now!

Penghasilan tong penyimpanan alatan tangan menggunakan sistem pengesan untuk mekanikal merupakan mesin yang berfungsi untuk menyimpan dan susun mengikut jenis-jenis alatan tangan. Projek in dapat menyimpan alatan tangan dengan menyediakan sistem kata laluan atau pengesan kad. Situasi yang dapat kita lihat seringkali berlaku di dalam bengkel adalah kesukaran untuk menyimpan alatan tangan dengan teratur . Kaedah yang diguna pakai sekarang ialah sekadar meletakkan alatan tangan di meja kerja dan kotak alatan. Ia mengambil ruang yang banyak di bengkel contoh ruang di atas meja kerja ataupun tong yang tidak teratur. Selain itu, terdapat juga alatan tangan yang berharga yang tidak ternilai . Antara masalah utama yang dihadapi sebelum inovasi diperkenalkan ialah masalah pengambilan ruang di bengkel untuk menyimpan pelbagai jenis alatan tangan. Hal ini menyebabkan mekanik tidak dapat menyiapkan kerja dengan cepat disebabkan susah untuk mengambil alatan tangan. Objektif utama produk ini ialah mereka bentuk satu tong penyimpanan alatan tangan yang dapat menyimpan pelbagai alatan tangan dan mempunyai sistem keselamatan yang efisien. Selain itu, Alat ini mampu mengelakkan kecurian kerana tong ini mempunyai sistem kata laluan di pintu, apabila kata laluan dimasukkan secara betul pintu akan terbuka secara automatik yang dapat mengelakkan kehilangan alatan tangan. Produk ini ditambahbaikkan dengan ciri keselamatan yang kuat agar jenis alatan tangan yang mahal tidak dapat dicuri. Justeru ia mudah dan selamat digunakan.