PRO803: APLIKASI REPOSITORI PROGRAM ETE

HAZWAN BIN MAHMUD Kolej Vokasional Melaka Tengah

Aplikasi ini bertujuan untuk mengatasi masalah kesukaran para pensyarah program Teknologi Elektrik untuk mendapatkan bahan dokumentasi yang berkaitan dengan program. Sebelum ini, bahan dokumen yang diperlukan oleh pensyarah hanya berpusatkan kepada pensyarah tertentu sahaja dan dokumen yang disimpan tidak teratur dan kesukaran untuk mencari sesuatu dokumen yang diperlukan dalam masa yang singkat. Dokumen tersebut juga kebiasaannya disimpan dalam PC, laptop, telefon pintar, fail-fail di bengkel atau di pelbagai laman web. Sekiranya pensyarah memerlukan dokumen tersebut, masa yang diperlukan untuk mendapatkan sesuatu dokumen mengambil masa yang panjang dan berkemungkinan fail atau dokumen tersebut telah hilang dalam simpan pensyarah tersbut. Selain itu, pensyarah yang akan berpencen juga akan membawa segala bahan pentaksiran, nota kuliah dan dokumen penting bersama mereka apabila bersara kelak. Oleh itu, satu reka bentuk aplikasi platform pautan pantas iaitu Repositori Program Teknologi Elektrik KVMT telah dibangunkan untuk mengatasi masalah pengurusan penyimpanan data dan dokumen. Bahan dokumentasi dalam aplikasi ini hanya boleh diaskses menggunakan akaun Delima pensyarah sahaja.