MUHAMMAD RAMZAN BIN RAM KUMAR KOLEJ VOKASIONAL BATU PAHAT
Rostrum Pemancar LCD Mudah Alih merupakan projek inovasi yang telah dihasilkan oleh pelajar tahun akhir Diploma Program Teknologi Pemprosesan Kayu Dan Kemasan, Kolej Vokasional Batu Pahat bertujuan untuk menyokong dan memudahkan aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan (PDPc) di bilik darjah atau mana-mana ruang seumpamanya. Produk ini berfungsi sebagai rostrum, meja pembentangan, dan juga perabot penyimpanan alat bantu mengajar. Rostrum Pemancar LCD Mudah Alih memiliki ciri ruang penyimpanan pemancar LCD berkunci, ruang penyimpanan umum, meja lipat dibahagian sisi serta dilengkapi soket berkembar dengan wayar sambungan 5 meter panjang. Produk ini dapat mengurangkan penat guru membawa pelbagai bahan untuk sesi PDPc ke bilik darjah. Roda berkunci pada bahagian tapak rostrum membantu mengurangkan tenaga pelajar dan guru ketika ianya perlu dipindah lokasi.