KVO464: Sistem E-peminjaman Alatan Sukan Di Bilik Sukan (BiKo)

MUHAMMAD IZHAR ISKANDAR BIN MOHD SYAFIQ AIMAN KOLEJ VOKASIONAL KUALA SELANGOR

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.2222 | 16 Likes | 72 Views | 87 times | LS: 106.6
Like it? | Support them now!

Penggunaan perkhidmatan peminjaman alatan sukan secara atas talian masih belum diperkenalkan dan digunakan secara meluas antara pelajar dan pensyarah. Namun, penggunaan peminjaman alatan sukan telah lama diaplikasikan oleh institusi pengajian yang lain. Matlamat projek ini dibangunkan adalah untuk mendalami lebih terperinci mengenai proses pembangunan sistem BiKo sepanjang ia dijalankan serta mengenal pasti tahap keberkesanan dan kesesuaian untuk melakukan proses peminjaman alatan sukan secara atas talian. Sistem pinjaman alatan sukan merupakan platform digital yang membolehkan ahli kelab atau pelanggan untuk menyewa alatan sukan secara mudah dan efisien. Oleh itu, satu laporan projek Pembangunan sistem BiKo telah dilaksanakan di Kolej Vokasional Kuala Selangor. Jumlah sampel kajian adalah seramai 30 orang pelajar yang terdiri daripada setiap kursus yang terdapat di Kolej Vokasional Kuala Selangor. Data dianalisis dan hasil analisis menunjukkan bahawa jumlah purata responden bersetuju bahawa penggunaan Sistem BiKo sebagai medium mendapatkan peminjaman alatan sukan adalah sesuai untuk digunakan dan dikekalkan di Kolej Vokasional Kuala Selangor.