KVO1087: TechCoop

Cyrone Perrie Joid Sobinon Kolej Vokasional Likas

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0741 | 2 Likes | 27 Views | 32 times | LS: 34.1
Like it? | Support them now!

Berdasarkan pemantauan MetMalaysia, suhu sepanjang tahun bagi negara kita boleh mencecah sehingga 40.1°C terutama ketika berlakunya fenomena El Nino. Oleh yang demikian, faktor suhu menjadi kajian utama pengkaji bagi menetapkan kadar suhu dan kelembapan yang sesuai pada suatu lingkungan tumbesaran ayam yang optimal. Ayam perlu diberi makan secara berterusan sepanjang hari, sekurang-kurangnya sekali pada setiap hari. Setiap ayam dewasa memerlukan kira-kira 0.25 paun (120 gram) makanan ayam yang seimbang dan kaya dengan nutrien, begitu juga dengan bekalan air bersih. Kadar kematian yang tinggi boleh berlaku sekiranya ayam kurang mengkonsumsi air dan makanan yang kurang zat. Pengambilan air bagi tumbesaran ayam pula bergantung kepada keadaan suhu sekeliling, zat dan nutrien kandungan makanan, tatacara pengambilan makanan dan keaktifan pergerakan ayam tersebut. Tugas memastikan ayam sentiasa mempunyai bekalan makan dan minum yang mencukupi merupakan tugas tambahan yang memerlukan kekerapan pergerakan penternak, terutamanya jika ayam di ternak mempunyai kuantiti yang sangat banyak, Dengan itu, tujuan projek ini dibangunkan bukan sahaja bagi memudahkan pengendalian dan pemantauan suhu reban ayam melalui aplikasi Blynk, tetapi juga untuk menyediakan makanan dan minuman ayam dalam reban secara automatik. Bagi cadangan penambahbaikan projek pada masa hadapan adalah dengan membangunkan sistem tenaga solar yang sentiasa boleh membekalkan tenaga dan menjadi tenaga altenatif selain daripada menggunakan elektrik yang berterusan.