NURFATIHAH ARISSA BINTI MOHD FADLI SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KAPAL
COCON-AR adalah satu inovasi berkonsepkan bahan bantu mengajar dengan mengambil topik Tumbuhan dari Buku Sains KSSR dari Tahun 1 hingga Tahun 5, serta subtopik berkaitan tumbuhan dari Tahun 6 dengan menfokuskan tumbuhan pokok kelapa. COCON-AR menyediakan konsumer dengan kit yang boleh membantu para guru seperti modul nota tumbuhan, flashcard AR berkonsepkan jigsaw puzzle dengan menerapkan aplikasi Makar dalam kit, dan juga Quizizz Paper Mode untuk menguji kefahaman murid setelah selesai topik tumbuhan bagi tahun tersebut. Pokok kelapa digunakan sebagai tumbuhan utama untuk menerangkan berkaitan subjek Tumbuhan. Walau bagaimanapun, bagi memenuhi skop Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi tajuk Tumbuhan matapelajaran Sains bagi setiap tahun, kit COCON-AR juga meliputi semua sub tajuk yang luar kaitan dengan tumbuhan pokok kelapa. Dari idea tersebut, kit ini disediakan juga dengan permainan Jigsaw puzzle dalam rupa flashcard di mana ia adalah salah satu aktiviti Pembelajaran Ke-21 (PAK21). Integrasi jigsaw puzzle dan Augmanted Reality (AR) dengan menggunakan aplikasi MAKAR, kit ini mampu menghubung jalinkan penggunaan AR dalam pembelajaran dengan meyelesaikan jigsaw puzzle dahulu, kemudian memberi ganjaran kepada murid dengan memperlihatkan animasi/ video dari AR.