Berdasarkan tinjauan di tapak pembinaan, dapat diketahui bahawa setiap pembinaan
melibatkan pemasangan ikatan bata. Dalam kaedah ikatan bata yang konvensional pekerja
perlu mengikat satu demi satu bata dan menerapkan bancuhan mortar sebelum ikatan bata
disusun. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa masalah yang akan terjadi semasa ikatan
bata dijalankan seperti kekemasan ikatan bata. Sekiranya menggunakan kaedah yang biasa
digunakan, pelajar atau pekerja binaan tidak dapat menganggar kuantiti mortar yang perlu
mereka letakkan, ini akan menyebabkan ikatan bata tidak kemas. Oleh itu, projek inovasi ini
memperkenalkan alat Easy Bricklaying, iaitu satu alat bantuan khas yang direka bentuk
untuk memastikan keseragaman ketebalan mortar dalam kerja ikatan atau menerap bata.
Penggunaan alat ini boleh mempercepatkan kerja dan tempoh masa untuk menyiapkan
projek dapat disingkatkan. Penghasilan produk ini melibatkan proses reka bentuk prototaip
serta ujian lapangan bersama pelajar dan tenaga pengajar Teknologi Pembinaan. Hasil
penggunaan Easy Bricklaying menunjukkan peningkatan ketara dari segi kualiti kerja ikatan
bata dan mempercepatkan proses kerja pembinaan secara keseluruhan. Cadangan
penambahbaikan termasuk penggunaan bahan yang lebih tahan lasak, reka bentuk yang
boleh laras, serta penyediaan manual panduan penggunaan.
Diharapkan dengan
penghasilan produk ini, ianya dapat dimanfaatkan dalam sesi pengajaran dan latihan
vokasional terutamanya untuk pelajar Teknologi Pembinaan dengan memudahkan mereka
mengikat bata.