PRO1068: Smart Jig Pengujian Skru (Jig-PS)

Mohd Nadzir Bin Md Yusoh Kolej Vokasional Muar

Modul DMA 3242 Rekabentuk dan Pembangunan Produk merupakan silibus terdapat dalam Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) antara matlamat modul ini adalah memperkenalkan proses-proses rekabentuk pembuatan produk/hasil kepada pelajar berkaitan. Pelajar-pelajar diberikan pendedahan berkaitan perisian CAD (Autodesk Inventor) dengan betul dan berkaitan dengan dalam analisis pembuatan produk dengan betul dan tepat. Hasil utama bagi modul ini adalah mengeluarkan produk yang boleh digunapakai atau prototaip.Dengan penghasilan Jig Pengujian Skru Jig-PS ini memudahkan pengujian dimensi skru mengikut standard ISO metrik yang betul dan tepat selain memberi pendedahan dan pemahaman kepada pelajar-pelajar berkaitan proses-proses yang perlu dilaksana mengikut urutan sehingga produk siap dengan betul. Rasional membangunkan inovasi ini adalah disebabkan oleh perkara-perkara berikut: Pendedahan dan pemahaman yang terperinci kepada pelajar berkaitan proses-proses pembangunan rekabentuk produk dengan betul dan juga boleh digunapakai sebagai prototaip atau kegunaan semasa terutama dalam inovasi memudahkan pelajar-pelajar pengujian dimensi skru mengikut standard ISO Metrik dengan betul. Objektif inovasi memudahkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) terutamamemudahkan proses-proses pengujian dan memberi kefahaman kepada pelajar dimensi dan saiz skru mengikut standart ISO Metrik dengan betul.