PR533: OUR SCHOOL, OUR PROJECT, OUR FUTURE

NOR HIZAN BINTI ABD JALIL SK RAPAT SETIA

VIC25 | Professional

CR: 0.0000 | 0 Likes | 5 Views | 16 times | LS: 16.0
Like it? | Support them now!

Sekolah Kebangsaan Rapat Setia di Ipoh telah melaksanakan projek inovatif berasaskan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) bagi membangunkan kemenjadian murid secara holistik. Inisiatif ini mengintegrasikan enam elemen utama, termasuk penanaman padi menggunakan Planter Box (menjadikan sekolah ini sebagai Sekolah Bandar Pertama di Malaysia yang melaksanakan projek ini), penanaman asparagus menggunakan teknik pengairan titisan, ternakan burung puyuh dan ikan keli dalam satu ekosistem lestari, serta pembinaan Galeri Padi yang memaparkan peralatan dan maklumat berkaitan pertanian tradisional dan moden.

Projek ini bertujuan meningkatkan kesedaran murid terhadap kelestarian alam, memupuk nilai kerjasama, dan membangunkan kemahiran abad ke-21 seperti penyelesaian masalah, kreativiti, dan keusahawanan, selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari ke-12 dan ke-13. Hasil projek ini menunjukkan peningkatan 35% dalam pemikiran kritikal murid, peningkatan 30%-40% dalam literasi alam sekitar, serta keberkesanan dalam menerapkan elemen celik kewangan melalui penjualan hasil pertanian.

Selain itu, projek ini juga memperkukuh hubungan antara sekolah dan komuniti melalui kolaborasi erat dengan agensi luar seperti SADC, USM, Jabatan Pertanian, dan MBI yang menyediakan sokongan teknikal dan bahan. Cabaran utama yang dihadapi termasuk memastikan kesinambungan projek, pelibatan murid secara menyeluruh, dan keupayaan sumber. Langkah-langkah penyelesaian termasuk latihan guru melalui bengkel inovasi, sokongan komuniti untuk akses teknologi terkini, serta pemantauan berterusan melalui penilaian data.

Sebagai cadangan penambahbaikan, projek ini dicadangkan untuk diperluas ke sekolah lain, diintegrasikan dengan teknologi terkini, serta melibatkan institusi antarabangsa untuk pertukaran ilmu dan idea. "Our School, Our Project, Our Future" membuktikan keberkesanan PBL dalam membangunkan generasi murid yang berpengetahuan, berkemahiran, dan prihatin terhadap kelestarian alam, menjadikannya model pendidikan global yang berpotensi besar untuk masa depan pendidikan lestari.