Abdul Razique Muaz Bin Abdul Manaf Sekolah Rendah Islam ABIM
Masyarakat bandar gemar menanam sayur-sayuran samada secara hidroponik atau didalam pasu. Malangnya ramai diantara mereka terlalu sibuk dan hampir tiada masa untuk menambah air didalam bekas hidroponik atau menyiram tanaman sayuran mereka. Ini menyebabkan tanaman sayuran mereka mati. Oleh itu, adalah baik sekiranya satu sistem pengesan paras air dalam bekas hidroponik dan pengesan tahap kelembapan tanah dapat dicipta agar air dapat disalurkan secara automatik kedalam bekas hidroponik dan kedalam tanah.