Muhammad Abbas Bin Mohmad Yazid KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER
Penggunaan aplikasi pengimbas Quick Response (QR) dalam bidang carian maklumat telah digunakan secara meluas dan pesat. Namun di peringkat Kolej Vokasional, perkara ini masih dalam fasa yang awal. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesesuaian penggunaan aplikasi berasaskan QR dalam pengurusan carian alat ganti kenderaan di stor bengkel Automotif KVSR. Oleh hal demikian, aplikasi SPT Scanner telah dibangunkan dan diuji menggunakan soal selidik kepada 10 orang responden yang terdiri dari pelajar dan pensyarah. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif melalui penggunaan peratus persetujuan. Hasil dapatan analisis data menunjukkan aplikasi SPT Scanner sesuai digunakan dalam memudahkan pengurusan carian alat ganti.