TS. KARMILA BINTI YAHDI KOLEJ VOKASIONAL MIRI
Melalui kaji selidik yang dijalankan terdapat beberapa masalah yang dihadapi di bahagian pembuatan iaitu semasa kerja-kerja membuat ulir luar menggunakan Die dilakukan antaranya adalah kesukaran untuk mendapatkan sudut tegak atau 90 darjah dan ulir yang dibuat menjadi bengkok, mata alat die mudah patah serta melambatkan kerja membenang luar. Oleh yang demikian, kajian dan analisa telah dijalankan bagi mencari kaedah terbaik untuk mengatasi masalah ini. Hasil dari kajian literatur yang dibuat, dapatlah dikenalpasti beberapa idea bagi mengatasi masalah tersebut. Akhirnya setelah dibuat penelitian ke atas idea-idea berkenaan, satu daripadanya terpilih iaitu dengan menghasilkan sebuah Die 90 darjah dioperasikan secara manual dimana bendakerja diikat pada vice menggunakan clamp tap dan Tap dipasang pada satu attachment yang dipanggil perengkuh. Objektif projek ini adalah untuk mencipta Die 90 darjah yang direka bentuk untuk membolehkan sudut tegak atau 90 darjah diperolehi dengan mudah dan tepat. Ia juga akan mempercepatkan kerja-kerja membenang.