MOHAMMAD FIRDAUS BIN RIDZUAN SMK GEMEREH
Kipas tangan ini merupakan produk keperluan kepada masyarakat kerana ia memberikan kesegaran dan keselesan kepada penggunanya semasa ia diperlukan. Walaupun produk kipas tangan ini banyak dijual di pasaran, namun ianya tidak bersifat menyegarkan dan mampu milik. Secara signifikannya, TheraFan terdiri daripada dua komponen utama iaitu kipas tangan beraroma dan lampu suluh mini. Keupayaan produk ini dijamin dapat memberikan satu kelainan kepada penggunanya dan seterusnya mencapai kepuasan hati pelanggan yang maksimum.Berdasarkan ciri-ciri istimewa yang ada pada TheraFan, Visi produk ini ialah menyediakan kipas tangan yang berinovasi terkini dan menngunakan teknologi hijau, menjimatkan elektrik dan mesra alam. Produk ini juga memberikan satu tahap penggunaan yang luar biasa dan unik serta mampu mencapai tahap kepuasan pelanggan yang terbaik. Dari segi konteks Misi produk, Therafan bersungguh dalam menjadi pemimpin produk kipas tangan untuk semua lapisan masyarakat dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa. Selain itu, Misi TheraFan juga adalah memberikan kualiti produk yang optimum supaya ianya sentiasa dihati masyarakat. Berdasarkan visi dan misi ini, Aura Therapy Enterprise sentiasa komited dalam mengkaji dan menginovasi produk kipas tangan yang dihasilkan supaya ianya dapat menembusi pasaran domestik seterusnya menjadi produk yang diingati oleh masyarakat.