KVO500: AI-NOVELIA

MUHAMMAD RABIULAMAN BIN ARSATHALI KOLEJ VOKASIONAL BATU LANCHANG

Projek inovasi AI-NOVELIA adalah projek inovasi berkaitan dengan bahan bantu belajar novel bahasa Melayu Tingkatan 5 iaitu Songket Berbenang Emas Karya Khairudin Ayip yang dihasilkan melalui aplikasi Canva serta penjanaan gambar latar belakang daripada aplikasi Artificial Intelligence (AI) seterusnya dijadikan bentuk animasi (gambar bergerak). Hal ini bertujuan bagi memperkasakan pembelajaran secara interaktif iaitu penggunaan teknologi digital dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) seiring dengan Pendidikan Abad ke-21sekali gus bertepatan dengan program Pemerkasaan Pendidikan Digital Murid yang bermatlamatkan untuk melahirkan murid yang fasih digital . AI-NOVELIA bermaksud gambar latar belakang telah dijana melalui aplikasi AI dan pembelajarannya telah direka dengan menggunakan kaedah penceritaan serta pengembaraan animasi yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja menggunakan pautan (link) dan kod QR . AI- NOVELIA juga disediakan kuiz bagi menguji pengetahuan pelajar setelah menggunakan AI-NOVELIA.