KVN1101: PENGHASILAN PEMANGGANG SATAY AUTOMATIK INOVATIF CEPAT, SEKATA DAN MESRA PENGGUNA KEPADA PENIAGA SATAY DENGAN PENGGUNAAN SISTEM ARDUINO UNO

MUHAMMAD AIDIL BIN MOHD SAMSUDIN KOLEJ VOKASIONAL PENGKALAN CHEPA

i3DC26 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 6 Views | 8 times | LS: 8.0
Like it? | Support them now!

Projek ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan satu sistem pemanggang satay automatik berasaskan arang bagi meningkatkan kecekapan, keselamatan dan konsistensi proses pemanggangan. Kaedah pemanggangan tradisional lazimnya bergantung sepenuhnya kepada tenaga manusia, memerlukan pemantauan berterusan serta berisiko dari segi keselamatan dan kebersihan. Sistem yang dibangunkan ini menggunakan papan mikropengawal Arduino Uno sebagai pengawal utama dan dilengkapi dengan motor servo untuk memusingkan satay secara automatik, pam air bagi penyemburan makanan dan keselamatan, sensor api untuk memantau nyalaan arang, kipas untuk pengurusan asap serta paparan LCD bagi memaparkan status operasi. Selain itu, sistem penyejukan berasaskan modul Peltier digunakan bagi mengawal suhu komponen elektronik semasa operasi berhampiran sumber haba. Ujian kefungsian yang dijalankan menunjukkan bahawa sistem pemanggang satay automatik ini berfungsi dengan baik, stabil dan selamat, serta mampu menghasilkan pemanggangan yang lebih sekata dan terkawal. Secara keseluruhannya, projek ini berpotensi untuk membantu peniaga kecil tempatan meningkatkan produktiviti dan keselamatan operasi melalui penggunaan teknologi automasi dalam industri makanan.