MOHAMAD MU'AZ DARWISH BIN SHAHRIDUAN KOLEJ VOKASIONAL KULIM
Projek ini membangunkan Mesin Perincih Rumput untuk penternakan bagi memudahkan penyediaan makanan ternakan seperti lembu dan kambing. Mesin ini direka untuk menghancurkan bahan makanan ternakan seperti rumput napier dan pelepah sawit dengan lebih cepat dan cekap. Penggunaan mesin ini dapat menjimatkan masa serta mengurangkan beban kerja penternak dalam menyediakan makanan ternakan. Mesin yang dibangunkan telah diuji dan berfungsi dengan baik serta mampu merincih bahan dengan berkesan. Selain itu, mesin ini selamat digunakan sekiranya dikendalikan mengikut prosedur yang betul. Secara keseluruhannya, projek ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dalam membantu proses penyediaan makanan ternakan dengan lebih efisien.