AZHARI YUSRI BIN MUHAMAD DZUHRI Kolej Vokasional Slim River
Projek kereta sorong serbaguna ini dilaksanakan untuk memudahkan pelajar teknologi pembinaan bangunan menggunakan, mengendalikan dan menuang. Penggunaan kereta sorong serbaguna lebih mudah berbanding penggunaan kereta sorong konvensional dalam kerja-kerja pembinaan di bengkel pembinaan. Dengan adanya kereta sorong serbaguna ini, pelajar tidak perlu menggunakan tenaga yang berlebihan untuk menuang bahan ke tapak bina. Permasalahan yang sering timbul ketika menjalani kerja pembinaan amali ialah penggunaan bagi kereta sorong sedia ada sukar untuk mengangkat dan menuang muatan yang besar dan berat seperti simen dan batu bata. Selain itu, pengendalian membawa muatan kereta sorong konvesional sukar dikendalikan kerana kurang stabil. Kereta sorong serbaguna ini mampu menampung berat/beban sebanyak 120 kg-140 kg (3 beg simen). Seterusnya, ia juga mampu mengangkat atau membawa barangan dengan menggunakan kereta sorong serbaguna.